Dr. P. Jaya Chandran diberi bayangan calon Parlimen Klang -

Dr. P. Jaya Chandran diberi bayangan calon Parlimen Klang

Dr. P. Jaya Chandran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG-Seorang doktor perubatan dari daerah ini diuar-uarkan bakal menjadi calon Parlimen Klang bagi parti Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU 15) 19 November depan.

Menurut Dr.P.Jaya Chandran, beliau yang juga Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Klang tetap optimis akan menjadi calon walaupun majlis pengumuman calon masih belum diadakan dan terdapat satu lagi nama selain dirinya.

“Jika saya memenangi PRU 15 saya akan masalah yang sepatutnya sudah selesai lama iaitu masalah banjir.

“Masalah banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Klang bukan baru semalam tetapi sudah lama berlaku. Kita pun sudah diingatkan tentang PRU 15 yang berlaku dalam musim hujan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PN Parlimen Klang di Teluk Gadung hari ini.

Jaya Chandran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi lima syarikat berkaitan perkhidmatan perubatan berkata, beliau akan menggunakan kemahirannya untuk membantu masyarakat.

“Saya mahu dikenali sebagai doktor rakyat dan ingin dekat dengan rakyat dengan memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada mereka.

“Saya bercadang untuk membuka klinik percuma bagi golongan B40 di sini jika berjaya memenangi PRU 15 nanti,”ujarnya.

Katanya lagi, dia akan berusaha untuk memastikan Klang tidak terus mencatatkan kematian akibat demam denggi yang hampir setiap hari mencatatkan kes kematian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya