20 kereta rosak dihempap bumbung runtuh ketika angin kencang - Utusan Malaysia

20 kereta rosak dihempap bumbung runtuh ketika angin kencang

Kedaan bumbung di kedai jualan kereta terpakai yang runtuh ketika hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir hari ini, Tampoi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih 20 kereta di sebuah pusat jualan kenderaan rosak  dihempap bumbung runtuh selepas kawasan tersebut dilanda angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan tiga bangunan jualan kereta terpakai di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi, di sini.

Seorang pekerja, Bohari Ahmad 49, berkata, ketika kejadian dia dan lapan pekerja berada di  pejabat sebelum  tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Apabila keluar, saya lihat bumbung telah runtuh dan angin kuat berpusar disertai hujan lebat.

“Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian itu adalah yang pertama melanda kedai kereta terpakai itu sejak dibuka pada awal tahun 90-an.

Katanya, terdapat kira-kira 100 buah kenderaan pelbagai jenama berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000.

Menurutnya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan tiga buah bangunan yang menempatkan kereta terpakai tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya