13 ditahan termasuk warga asing seleweng diesel

13 ditahan termasuk warga asing seleweng diesel

SEBAHAGIAN tong berisi diesel yang dirampas dalam serbuan ke sebuah premis di Kampung Seelong, Senai. Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Polis menumpaskan satu sindiket penyelewengan diesel bersubsidi selepas memberkas  13 lelaki termasuk sembilan warga asing di kawasan perindustrian Kampung Seelong, Senai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, operasi dijalankan pasukan petugas khas Op Kontraban Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada pukul 3.30 petang.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada pengurus, penjaga dan pekerja premis berkenaan yang berusia antara 24 hingga 69 tahun. 

“Polis turut merampas peralatan yang digunakan sindiket itu bagi menjalankan jual beli diesel bersubsidi. Anggaran diesel yang dirampas berjumlah RM234,350 dan sindiket ini sudah beroperasi kira-kira tiga minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, semua suspek dan barang yang dirampas akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 (KPDNHEP) yang memperuntukkan  denda RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Polis Kulai meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku jenayah itu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kulai menerusi talian 07-6637222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya