'Zaman PH tak pernah ambil tindakan guru bersuara' -

‘Zaman PH tak pernah ambil tindakan guru bersuara’

MASZLEE Malik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kepada mana-mana guru yang menyuarakan pandangan mereka. 

Demikian tegas bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam satu hantaran dalam aplikasi TikTok susulan dakwaan guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh berhubung tindakan yang akan dihadapinya. 

Menurut Maszlee,  ini kerana pandangan dan suara yang dikemukakan para guru itu sangat diperlukan buat beliau sebagai pembuat dasar dan kerajaan untuk mendengarnya. 

“Saya ingin tekankan satu perkara kepada guru-guru di luar sana, di zaman kita bersama ketika saya di Kementerian Pendidikan, kita tidak pernah mengambil tindakan sedemikian rupa bagi para guru yang bersuara, malah Cikgu Fadli pun lantang bersuara di zaman saya. 

“Kita libat (sama) dengan mereka, jadi kawan (dan) undang ke pejabat, bukan beliau sahaja malah ramai lagi yang lain,” kongsinya, hari ini. 

Malam tadi, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat. 

Dalam pada itu, Maszlee memberi jaminan tidak akan membiarkan tindakan yang dikenakan ke atas Mohd. Fadli itu tidak akan berlaku lagi kepada guru lain sekiranya PH menang dan kembali ke Putrajaya. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan, jaminan itu bukan diambil dari sudut kepentingan politik, tetapi hanya mahu membangunkan pendidikan dan menginginkan yang terbaik untuk anak-anak bangsa. 

“Untuk beliau sendiri (Mohd. Fadli), saya beri jaminan kalau saya kembali kepada Kementerian Pendidikan, kita akan hapuskan tindakan tersebut dan kita lakukan keadilan bagi semua pihak,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya