PETALING JAYA: UMNO perlu berhati-hati memilih rakan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk Pas sendiri bagi mengelakkan ‘nasi menjadi bubur’ berulang setelah dikecewakan dalam tiga siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, walaupun terdapat pihak tertentu menggunakan slogan perpaduan Melayu-Islam, sebaliknya UMNO akhirnya terpaksa mengorbankan kerusi selamat kepada pihak lain sekali gus melemahkan kekuatan mereka yang…