‘Terserah Timbalan Menteri Pertahanan lapor polis, bukti ada’ -

‘Terserah Timbalan Menteri Pertahanan lapor polis, bukti ada’

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bebas membuat laporan polis terhadap beliau berhubung dakwaan berkaitan tender pembelian aset meriam. 

Bagaimanapun, katanya, beliau mempunyai dokumen dan bukti yang cukup jelas untuk mengaitkan Ahli Parlimen Tanah Merah itu dengan MA Analytics Sdn. Bhd. yang dianugerahkan kontrak pembekalan meriam itu secara rundingan terus. 

“Saya pasti akan memberikan semua bukti, tidak mengapa. (Namun), isu tentang MA Analytics Sdn. Bhd. yang dikaitkan dia (Ikmal Hisham) dan keluarganya sudah wujud sejak lima atau enam bulan yang lalu. 

“(Jadi), dokumen itu sudah tersebar sejak beberapa bulan yang lalu (dan ia) cukup jelas untuk dikaitkan (dengan Ikmal Hisham), cuma, tiada siapa yang mengambil (maklumat) itu,” katanya kepada pemberita. 

Beliau berkata demikian selepas siri dialog pengundi muda Ayuh Malaysia di Sunway Damansara Technology di sini.

Semalam, media melaporkan, Ikmal Hisham membuat laporan polis susulan tindakan Rafizi yang memuat naik satu artikel dalam Facebooknya bertajuk ‘Batal Niat Surat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri’ yang mengaitkan nama beliau dengan sebuah syarikat.

Tegasnya, artikel itu adalah satu fitnah dan pembohongan yang bertujuan politik bagi mencemarkan nama baik beliau.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada akan ada lebih banyak pendedahan susulan dakwaannya bahawa Kementerian Pertahanan merupakan lubuk rasuah, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kebanyakan maklumat yang diterima kini masih dalam peringkat semakan pengesahan sekiranya wujud salah laku atau sebaliknya. 

Beliau berkata, ini kerana pendedahan hanya dilakukan sekiranya beliau memperoleh dokumen lengkap, dakwaan berkedibiliti dan melakukan semakan terperinci. 

“Orang akan bagi maklumat, tetapi selalunya (akan dedah kepada umum) kecuali saya ada dokumen lengkap, semak kredibiliti pemberi maklumat dan sahkan dengan mana-mana individu yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan. 

“Jadi, kebanyakan (maklumat) sekarang masih di peringkat sana sini (semakan dan pengesahan), tetapi dari semasa ke semasa memang dia ada (kelompongan salah laku), cuma persoalannya adalah sama ada lengkap atau tidak. 

“Dalam masa sama, saya juga perlu lebih selektif. Saya tak boleh (dedah) semua pada masa sama mahu kempen, tetapi ia ada (salah laku rasuah),” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, cara terbaik dilihat untuk mengatasi kepincangan itu adalah dengan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk merombak keseluruhan perolehan pertahanan negara dan mengambil langkah strategik yang lebih terkehadapan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya