Tebatan banjir selesai masalah limpahan air di HRPZ II -

Tebatan banjir selesai masalah limpahan air di HRPZ II

KHAIRY Jamaluddin (kanan) melakukan gimik semasa Penyerahan Projek Tebatan Banjir HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembinaan projek tebatan banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini mampu menyelesaikan masalah limpahan air sekali gus mengurangkan berlakunya risiko banjir di kawasan berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, projek yang menelan belanja RM8 juta itu merangkumi beberapa skop utama iaitu pembinaan pagar konkrit, saliran air termasuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

“Sebanyak 14 pagar penghadang banjir dibina bagi menghalang kemasukan air ke dalam kawasan hospital. Selain itu, sistem pam air turut dibina dan kedua-dua sistem itu mengambil masa selama 30 bulan untuk disiapkan.

“Saya percaya pelaksanaan projek tebatan banjir ini dapat meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur di hospital ini terutamanya dalam persediaan untuk menghadapi bencana banjir,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir HRPZ II di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu, peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) merupakan satu-satunya projek yang dilaksanakan kerajaan di hospital di negara ini.

Katanya, banjir besar melanda Kelantan pada 2014 menyebabkan keseluruhan kawasan HRPZ II ditenggelami air sehingga melumpuhkan operasi ketika itu.

“Situasi itu mengakibatkan wad-wad dan fasiliti hospital yang terjejas banjir terpaksa ditutup sehingga pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. 

“Sistem saliran di kawasan HRPZ II tidak dapat menampung kadar dan amaun aliran air yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya banjir dalam kawasan hospital,” ujarnya.

Khairy berkata, beliau berharap agar kemudahan ini dapat memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih efektif serta berkesan ketika musim banjir. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya