Suraya berjiwa besar  - Utusan Malaysia

Suraya berjiwa besar 

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Barisan Nasional Negeri (BN) Kedah menyifatkan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob sebagai exco kerajaan negeri adalah keputusan tepat untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Pengarah Komunikasi BN Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu sejajar dengan pembubaran Parlimen baru-baru ini sekali gus membuktikan Suraya seorang ahli politik yang berjiwa besar dan terus meletakkan kebajikan rakyat melebihi yang lainnya.

Beliau bagaimanapun turut menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai satu kerugian untuk kerajaan negeri apabila Kedah kehilangan seorang exco yang ‘bekerja’. 

“Kita semua tahu bahawa proses pilihan raya memerlukan fokus dan tenaga yang maksimum. Oleh itu, kekal menjawat jawatan dan pada masa yang sama menguruskan satu pilihan raya yang besar hanyalah akan merugikan rakyat sahaja. 

“Beliau amat dikenali oleh rakyat Kedah sebagai seorang Yang Berhormat yang cukup mesra rakyat serta sentiasa bekerja keras dengan memberikan sepenuh komitmen terhadap isu-isu rakyat di bawah portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada beliau,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, perkara seumpama itu boleh dielakkan seandainya kerajaan negeri membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya. 

“Hal ini bagi memberi peluang sewajarnya kepada setiap ahli politik untuk melakukan tanggungjawab dan tugas mereka kepada parti dan juga para pengundi waima bakal pengundi mereka di kawasan yang bakal ditandingi. 

“Justeru, tindakan tidak membubarkan DUN adalah tindakan kejam kerajaan negeri Kedah bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada ahli politik yang meletakkan jiwa dan raga demi membela kepentingan dan kebajikan rakyat.,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Tenaga dan Pengairan Saliran negeri itu hari ini mengumum meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta setelah menghadiri Mesyuarat Exco di Sungai Petani hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menerima surat peletakan jawatan itu memberitahu kekosongan jawatan itu akan diisi dalam masa terdekat. 

Suraya yang merupakan ADUN daripada UMNO itu terpilih menyertai barisan exco pada Mei 2020. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya