ARAU: Kerajaan perlu segera mencari penyelesaian terbaik untuk menjaga keselamatan sempadan negara daripada pelbagai ketirisan akibat kelemahan penguatkuasaan sebagaimana yang didedahkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Wang Kelian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kajian dan Strategik Keselamatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mohd. Mizan Aslam berkata, laporan tersebut jelas menyentuh kegagalan pelbagai pihak termasuk kelemahan koordinasi antara jabatan bertanggungjawab dalam pengurusan sempadan khususnya di Wang Kelian. Menurut…











