Satu maut, tiga cedera termasuk bayi stereng kereta tersekat -

Satu maut, tiga cedera termasuk bayi stereng kereta tersekat

BEBERAPA anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa dalam kemalangan tersebut di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Stereng tiba-tiba tersekat dipercayai menjadi punca sebuah kereta yang dinaiki empat beranak termasuk seorang bayi terbabas melanggar pokok di
di Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini, hari ini.

Lebih memilukan, kemalangan kira-kira pukul 2 petang itu mengakibatkan seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kereta Toyota Vios itu dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari Bulatan Bestari menghala ke Bulatan Mestika.

“Setibanya di lokasi, stereng kereta itu didakwa tersekat hingga menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di tepi jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan isterinya berusia 29 tahun maut di tempat kejadian manakala dia bersama dua anaknya berumur dua tahun dan lapan bulan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah Mohd. Iqbal, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697 atau balai polis berdekatan.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.11 petang.

“Tiga mangsa termasuk bayi telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital.

“Bomba berjaya mengeluarkan wanita yang tersepit di bahagian depan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya