ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu berjiwa besar dan berani menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk menilai keupayaan pentadbirannya dengan turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, seorang pemimpin tidak akan takut atau mencari jalan melengah-lengahkan masa bagi mengadakan pilihan raya, sekiranya mereka telah menjalankan amanah dengan baik. Katanya, Muhammad…