Ribut petir, hujan diramal seluruh negara bermula hari ini hingga 18

Ribut petir, hujan bermula hari ini hingga 18 Oktober

RIBUT petir dan hujan di Semenanjung, Sarawak dan pedalaman Sabah bagi tempoh 12 hingga 18 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air meramalkan ribut petir dan hujan pada sebelah petang hingga ke awal pagi di Semenanjung, Sarawak dan pedalaman Sabah bagi tempoh bermula 12 hingga 18 Oktober ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, ia susulan rantau negara dipengaruhi tiupan angin baratan dan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah di timur Filipina yang dijangka bergerak ke selatan Vietnam sepanjang tempoh itu.

Pada masa sama, katanya, garis badai juga berpotensi berlaku pada awal pagi di perairan Selat Melaka dan pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah. 

“Amaran Hujan Berterusan peringkat Waspada juga sedang berkuat kuasa sehingga 14 Oktober ini di beberapa daerah di Sarawak dan Sabah.

“Negara ketika ini berada pada fasa peralihan monsun yang bermula pada 3 Oktober lalu dan dijangka berterusan sehingga pertengahan November ini.

“Keadaan atmosfera adalah tidak stabil dengan tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh membawa kepada kejadian ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang,” katanya.

Katanya, setakat pukul 2 petang tadi, amaran aras air di tahap bahaya dikeluarkan di Sarawak (stesen Marudi dan Long Teru); Selangor (stesen Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Langat di Jenderam Hilir) dan Negeri Sembilan iaitu stesen Sungai Linggi di Pekan Linggi. 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan ribut petir dan hujan di Semenanjung (kecuali di pantai timur), Sarawak (Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau) danLabuan dijangka sebelah pagi esok.

“Manakala, ribut petir dan hujan di semua negeri di Semenanjung, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau) dan WP Labuan dijangkakan di waktu petang. 

“Pada waktu malam pula, diramalkan ribut petir dan hujan di Semenanjung (pantai timur, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Sarawak (Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan) dan WP Labuan,” katanya.

Pada 14 Oktober pula, ribut petir dan hujan diramalkan di kebanyakan negeri di Semenanjung (kecuali pantai timur), Sarawak (Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau) dan WP Labuan pada sebelah pagi.

Manakala, ribut petir dan hujan di kesemua negeri diramalkan pada waktu petang dengan hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada waktu malam di Semenanjung (pantai timur, Perak, Johor dan Pulau Pinang), Sarawak (Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan) dan WP Labuan.   

 Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan terus memantau keadaan cuaca secara berterusan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan amaran cuaca yang berkaitan sekiranya keadaan memerlukan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya