Putra mula diterima di Kelantan - Ibrahim Ali - Utusan Malaysia

Putra mula diterima di Kelantan – Ibrahim Ali

GTA yang digerakkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ibrahim Ali akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) namun belum putuskan sama ada bertanding sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sudah mula diterima di Kelantan sejak bertapak di negeri itu sejak empat tahun lalu.

Itu alasan diberikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berhubung keputusan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bertanding atas logo Putra di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ibrahim berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2019, Putra sudah bergerak di merata tempat di Kelantan dan mula dikenali manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula belum lagi dikenali di sana.

“Sudah tentu rakyat sedang mencari pilihan ketiga dan alternatif selain Pas dan Barisan Nasional (BN). Insya-Allah, kita semua tahu bahawa di Kelantan, rakyat sudah mula menolak dan benci kepada Pas.

“Sejak 32 tahun lalu, Pas tidak banyak mencipta perubahan di Kelantan dan kita dapati mereka terus menerus menggunakan Islam sebagai modal politik.

“Mereka (Pas) kononnya memperjuang slogan membangun bersama Islam tetapi rakyat di bawah makin hari makin menderita,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat GTA di sini hari ini.

Katanya, keadaan sama turut berlaku pada BN dan UMNO di Kelantan di mana rakyat juga sudah menolak parti itu sejak 32 tahun lalu, malah, ia makin teruk selepas parti itu dibayangi pelbagai skandal rasuah dan salah guna kuasa.

Ditanya kerusi yang akan ditandinginya pada PRU15 nanti, Ibrahim berkata, beliau belum dapat mengumumkannya ketika ini kerana ia sebahagian strategi parti.

“Insya-Allah Putra akan bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. Ada 14 kerusi, saya boleh bertanding dimana-mana,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya