PSR tidak akan dimulakan selagi EIA belum diperoleh - Utusan Malaysia

PSR tidak akan dimulakan selagi EIA belum diperoleh

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang kekal dengan pendirian  projek tambakan laut selatan pulau Pulau Pinang (PSR) tidak akan dimulakan sehingga Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek itu diperoleh.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, isu-isu berkaitan PSR mungkin dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak menerima maklumat terkini berhubung projek berkenaan.

”Kita masih pegang pada prinsip selagi tidak ada EIA, projek PSR tidak akan bermula, itu pegangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar, di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Record  sempena penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019.

Sijil itu diberikan selepas Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang menganjurkan Karnival Olimpik sempena sambutan Hari Olimpik.

Sebelum ini, Penang Infrastructure Corp Sdn. Bhd. (PIC) menyatakan sedang menunggu maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung Laporan EIA Projek PSR yang baru diserahkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Farizan Darus berkata, laporan EIA yang baharu tersebut telah diserahkan pada 29 April lalu untuk diperhalusi.

Pelaksanaan projek PSR seluas hampir 17 kilometer persegi itu membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai projek PSR yang didakwa bakal menjejaskan kehidupan rakyat, Kon Yeow berkata, pemimpin PKR berkenaan kemungkinan tidak mengikuti perkembangan terkini mengenai projek itu.

”Bagi wakil-wakil PKR negeri ia bukan satu isu kerana setiap minggu dalam mesyuarat Exco isu sedemikian diterangkan dan kadang-kadang ada pembentangan daripada SRS Consortium,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.