Polis tahan lelaki bantu siasatan kes mayat wanita reput -

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes mayat wanita reput

lokasi di mana penemuan mayat reput
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita hampir reput di kawasan semak berhampiran lampu isyarat Jalan Besar Tambun, Rabu lalu.

Difahamkan, suspek yang merupakan tukang gunting rambut itu baru sahaja beberapa bulan berkenalan dengan mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditangkap pada Khamis lalu di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai.

Katanya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas beberapa barang kes bagi membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya suspek yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian mangsa, kita percaya kes ini berjaya diselesaikan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Media pada Rabu lalu melaporkan, bau busuk di lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabas di kiri jalan membawa kepada penemuan mayat wanita hampir reput di kawasan semak.

Hasil bedah siasat ke atas mayat tanpa identiti itu mendapati punca kematian akibat dicekik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.