Polis Singapura nafi dakwaan nelayan tempatan - Utusan Malaysia

Polis Singapura nafi dakwaan nelayan tempatan

ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad (kanan) bersama-sama nelayan tempatan yang mendakwa dihina penguat kuasa Singapura dalam satu video yang tular dalam media sosial, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa Singapura menafikan dakwaan sekumpulan nelayan negara ini bahawa pertengkaran antara kedua-dua pihak berlaku dalam kawasan sempadan perairan antarabangsa Malaysia.

Polis Singapura dalam satu kenyataan sebaliknya mendakwa, kejadian itu berlaku dalam sempadan perairan antarabangsa republik berkenaan.

“Polis Singapura ambil maklum dengan dakwaan nelayan Malaysia yang dihalau Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura kerana melakukan aktiviti memancing di perairan Malaysia, namun, dakwaan itu tidak benar.

“Pada pukul 4 petang, 23 Oktober lalu, PCG Singapura sedang melakukan rondaan dalam kawasan perairan negara sebelum mereka mengesan sekumpulan bot nelayan Malaysia memasuki sempadan Singapura di Lim Chu Kang.

“Kapal yang tidak dibenarkan dilarang sama sekali memasuki kawasan berkenaan demi keselamatan mereka sendiri kerana ia merupakan kawasan ‘live firing area’.

“Pegawai PCG mendekati bot nelayan Malaysia dan menggunakan sistem pembesar suara untuk menasihati mereka supaya meninggalkan kawasan berkenaan yang berada di perairan Singapura,” jelas kenyataan tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.28 petang ketika pegawai PCG mendekati bot nelayan Malaysia berkenaan.

“Nelayan terbabit melahirkan rasa tidak puas hati apabila diminta meninggalkan kawasan itu. Pegawai kami menjelaskan bahawa kapal yang tidak dibenarkan dilarang memasuki kawasan itu dan meminta mereka beredar untuk keselamatan sendiri. 

“Selepas kejadian pertikaman lidah, kapal nelayan Malaysia kembali ke perairan Malaysia pada pukul 5.37 petang. Kejadian ini juga berlaku sepenuhnya di perairan Singapura,” tambah kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menafikan sebarang dakwaan dibuat nelayan tempatan yang mengatakan mereka dihina dengan kata-kata kesat seperti ‘Melayu bodoh’ dan ‘otak udang’.

Kelmarin, tular dua video berdurasi dua minit dan 43 saat dalam media sosial yang menyaksikan nelayan tempatan dihalau pihak berkuasa Singapura. Video berkenaan  menyebabkan warganet marah dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas atas kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan nelayan berkenaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.