PN muktamadkan agih 27 kerusi kritikal Parlimen  -

PN muktamadkan agih 27 kerusi kritikal Parlimen 

DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keputusan pembahagian 27 kerusi kritikal Parlimen akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tertinggi Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi, kata Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, sekiranya diteliti satu persatu senarai 27 kerusi kritikal Parlimen itu, tidak semuanya akan dimenangi PH seperti didakwa banyak pihak.

Menurutnya, ini kerana kekuatan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lagi sama seperti PRU14 yang lalu.

“Mereka (PH) sudah tidak sekuat dahulu kerana suasana (politik negara) yang ada sekarang adalah jauh berbeza.

“Dulu mereka (PH) dibarisi tokoh kepimpinan negara seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun, kali ini PH tidak ada kepimpinan Melayu yang kuat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohd. Zuhdi Marsuki agar PN tidak bertanding di 27 kerusi kritikal itu bagi mengelak pertembungan dengan UMNO untuk memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan PH.

Semua 27 kerusi Parlimen itu dikatakan kawasan kritikal kerana apabila jumlah undi UMNO dan Pas digabungkan berdasarkan keputusan PRU14 lalu, ia boleh mengatasi undi yang diperoleh PH.

Sebanyak 27 kerusi Parlimen itu ialah Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Sri Gading, Tanjung Piai, Tangga Batu dan Putatan.

Sebelum ini, UMNO dan Pas dikatakan mahu berunding untuk meletak calon masing-masing di 27 kerusi kritikal itu ketika masih menjalin kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) demi mencapai kuasa politik Melayu yang lebih besar dan stabil di peringkat Parlimen.

Bagaimanapun, keputusan Pas untuk terus kekal dalam PN berbanding UMNO menyebabkan isu 27 kerusi Parlimen kritikal itu kembali hangat diperkatakan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya