PETALING JAYA: PKR menolak untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan perbuatan khianat dan mungkir janji bekas Perdana Menteri itu berulang. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, partinya tidak pernah mempertimbangkan langsung soal kerjasama dengan Dr. Mahathir selepas dikhianati sebelum ini. Katanya, perkara itu bersandarkan ingatan hadis Nabi Muhammad SAW supaya jangan sampai dipatuk ular dua kali di lubang yang sama. “Saya terlibat sungguh-sungguh dalam mendamaikan Dr. Mahathir (Dr. Mahathir) dengan Datuk Seri Anwar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya