PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan tidak mustahil tumbang sekiranya UMNO bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, Pas dan UMNO mempunyai peluang untuk merampas negeri itu berbanding di Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, ini kerana pengaruh kedua-dua parti itu tidak kuat berbanding PH di samping taburan pengundi yang memberi peluang kepada pakatan itu. “UMNO dan Pas…