Pertindihan 27 kerusi panas dijangka selesai antara PN, Pas  -

Pertindihan 27 kerusi panas dijangka selesai antara PN, Pas 

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin 27 kerusi kritikal antara Perikatan Nasional (PN) dan Pas akan diputuskan dalam masa terdekat bagi mengelakkan pertindihan hingga menjejaskan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, seperti mana disebut kepemimpinan termasuk Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perbincangan sedang dilaksanakan dan dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat. 

“Perbincangan ini hanya dilakukan parti dalam PN sahaja. Kita (PN dan Pas) berbincang, bermusyawarah dan apa yang paling penting, PN menang PRU15,” katanya, hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Kanan Pendidikan ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pengenalan bersama jurulatih ternama dunia, Mr. Peter Walters ‘Mr Touch’ dari Auckland New Zealand di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), di sini hari ini. 

Sabtu lalu, media melaporkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Pas berhubung isu pertandingan di 27 kerusi kritikal pada PRU15.

Berdasarkan keputusan PRU14, 27 kerusi kritikal itu dimenangi Pakatan Harapan (PH), namun jika digabungkan jumlah undi diperoleh BN dan Pas pada 2018, jumlahnya lebih tinggi berbanding yang dimenangi PH.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Muhyiddin yang mengisytiharkan PRU kali ini adalah yang terakhir dirinya, Radzi berkata, apa yang paling penting adalah untuk semua bersama-sama mendokong Pengerusi PN dalam menghadapi PRU15.

“Tan Sri (Muhyiddin) menegaskan PN mempunyai pemimpin pelapis yang mampu untuk turut meneruskan perjuangan parti pada masa hadapan. 

“Kita yakin bahawa PN tersusun, mempunyai pelapis kepimpinan yang amat baik untuk membawa PN ke tahap yang berikutnya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.