Pas mesyuarat pagi ini, dipercayai muktamad kerjasama UMNO

Pas mesyuarat pagi ini, dipercayai muktamad kerjasama UMNO atau Bersatu

pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas pagi ini mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan berkaitan pilihan raya.

Difahamkan, mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini turut dipercayai bagi memuktamadkan kerjasama sama ada bersama UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia susulan UMNO sebelum ini menetapkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Antara pemimpin yang tiba adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim memaklumkan, ‘(Pagi ini adalah) mesyuarat bulanan dan mesyuarat khas pilihan raya,” katanya kepada pemberita. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya