Nilai kerugian kebakaran rumah kedai Kampung Cina hampir RM2

Nilai kerugian kebakaran rumah kedai Kampung Cina hampir RM2 juta

SEBAHAGIAN daripada rumah kedai yang terbakar di Kampung Cina, Kuala Terengganu pada 19 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu mengesahkan nilai kerugian akibat kebakaran yang melibatkan 22 rumah kedai di Kampung Cina di sini pada 19 September lalu dianggarkan hampir RM2 juta.

Pengarahnya, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, nilai harta benda yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran di perkampungan tradisi tersebut  yang  merupakan  penempatan kaum Cina tertua sejak abad ke-15 itu pula kira-kira RM1.2 juta.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kebakaran tersebut juga berlaku berikutan keadaan sistem pendawaian elektrik di rumah kedai terlibat usang dan tidak bersistematik.

“Premis-premis yang terbakar itu merupakan milik persendirian dan mempunyai sistem pendawaian yang tidak betul dan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan Cup 2022 di Lembah Bidong, Merang di sini, hari ini.

Kebakaran di perkampungan tradisi itu yang menjadi tumpuan pelancong ke negeri ini berlaku pada pukul 8.42 malam, 19 September lalu.

Md. Hilman berkat, rumah kedai yang terbakar itu melibatkan empat buah yang didirikan di atas tanah milik sendiri manakala 18 lagi di tanah lesen pendudukan sementara (TOL).

“Sebahagian mangsa terlibat adalah pemilik yang menetap  di rumah kedai tersebut dan selebihnya merupakan penyewa,” ujarnya.

Beliau menambahnya, pihaknya akan menganjirkan taklimat kepada pemilik rumah kedai di kampung tersebut mengenai keselamatan pendawaian elektrik untuk mengelakkan kejadian kebakaran berulang perkampungan tradisi itu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.