MB Johor rayu rakyat pilih kestabilan - Utusan Malaysia

MB Johor rayu rakyat pilih kestabilan

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu rakyat negeri ini supaya memilih parti yang mampu membawa kestabilan politik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, kestabilan itu hanya boleh dikecapi sekiranya pentadbiran di peringkat kerajaan Pusat selari dengan pentadbir di peringkat negeri.

“Kestabilan politik yang dikecapi kerajaan negeri pada hari ini membolehkan Johor mencapai beberapa kejayaan membanggakan dari aspek ekonomi, pelaburan, pelancongan dan sukan dalam hanya tempoh yang singkat.

“Saya merayu kepada rakyat Johor, bila tiba masanya, pilihlah kerajaan Persekutuan yang sehaluan dengan kerajaan Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kerajaan yang sehaluan akan membantu negeri mendapat lebih banyak peruntukan dan bantuan daripada kerajaan Pusat, sekali gus disalurkan kepada rakyat Johor.

“Bagi Johor yang  melalui Pilihan Raya Negeri enam bulan lalu, adalah penting untuk memulangkan mandat kepada rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan Insya-Allah, selari dengan kerajaan negeri.

“Ini akan membantu dalam usaha pembangunan negeri dan bagi mencapai sasaran Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya