Mayat remaja lelaki ditemukan terapung dalam tali air -

Mayat remaja lelaki ditemukan terapung dalam tali air

RAMZI menunjukkan lokasi mangsa jatuh di tali air Kada di Kampung Kasar,Pasir Mas, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang remaja lelaki dipercayai lemas apabila terjatuh ke dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kampung Kasar di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 19 tahun itu ditemukan dalam keadaan terapung di dalam tali air berkenaan oleh seorang penduduk kampung kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah.

Seorang penduduk Kampung Kasar, Ramzi Mamat, 55, berkata, isterinya memaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa selepas melihat tubuh badan manusia terapung di kawasan tersebut.

Menurutnya, penduduk kampung terus menghubungi pihak polis mengenai kejadian itu.

“Selepas dimaklumkan isteri, saya terus bergegas ke lokasi kejadian dan melihat memang ada satu mayat lelaki terapung di situ.

“Polis tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian sebelum terus menjalankan operasi mengangkat dan menyelamatkan mangsa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian.

Ramzi memberitahu, berdasarkan maklumat, mangsa berasal dari Kampung Tempoyak di sini dan dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan terjunam ke dalam tali air itu.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M.Nasir ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya