Mayat lelaki warga emas ditemukan tersangkut dahan pokok -

Mayat lelaki warga emas ditemukan tersangkut dahan pokok

ANGGOTA bomba mengambil mayat yang tersangkut pada dahan pokok di dalam sungai di Kampung Air Panas, Gerik hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Mayat lelaki warga emas dijumpai tersangkut pada dahan pokok di dalam sungai di Kampung Air Panas di sini pagi tadi.

Difahamkan, mayat Abdul Hamid Wahab, 67, dijumpai penduduk kampung yang kemudian menghubungi pihak polis untuk bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.38 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati mangsa tersangkut pada dahan pokok yang berada di dalam sungai kira-kira lima meter dari tebing sungai.

“Anggota mengambil mangsa untuk dibawa ke tebing sungai dan lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya