Keyakinan rakyat terhadap UMNO, BN semakin luntur - Muhyiddin -

Keyakinan rakyat terhadap UMNO, BN semakin luntur – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (duduk, tengah) dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran PN Pahang di Hotel Sri Malaysia di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Fakta menunjukkan bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin luntur berdasarkan kajian sikap dilakukan.

Ia sekali gus memberikan kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bersandarkan masalah dihadapi parti itu khususnya dalam soal integriti, rasuah dan pimpinannya dikaitkan dengan kes mahkamah. 

Jadi, katanya, PN tiada masalah untuk menembusi kubu BN pada PRU15 termasuk di Pahang walaupun ia dikatakan sebagai kubu kuat parti itu. 

“Saya tidak tahu siapa kata Pahang kubu kuat BN? Daripada laporan yang saya terima, ia tidak sebegitu. 

“Kalau dalam PRU14 lalu, BN tidak menang besar pun di Pahang, Pas pun sudah ada di sini mula bertapak, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun menang peringkat Parlimen (Indera Mahkota).

“Pas sahaja menang lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 lalu dan ia perkembangan baik,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran PN Pahang di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tidak kisah kubu atau tidak, PN akan menembusi Pahang pada PRU15 ini. 

“Dengan gerak kerja yang dilakukan insya-Allah kami akan mencapai kemenangan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya