Kerajaan Selangor bersedia hadapi banjir - Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor bersedia hadapi banjir

Sze Han (empat dari kiri) bergambar bersama tetamu khas pada Majlis Perasmian MUF 2022 di Pusat Konvensyen MBSA hari ini. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi banjir menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han, selain menyediakan 700 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut bersedia dari sudut logistik.

“Pihak PBT boleh dikatakan sudah bersedia untuk menghadapi banjir kilat. Bukan sahaja kita menyediakan tempat meletak kereta yang selamat dari risiko banjir di 23 kawasan di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), malah kita membuat simulasi menyelamat melibatkan Skuad Pantas.

“Skuad Pantas dillengkapkan dengan kelengkapan yang diperlukan. Kesemua kelengkapan tersebut telah pun bersedia (untuk menghadapi banjir),”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Malaysia Urban Forum 2022 (MUF 2022) Di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Dalam pada itu Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd.Rashidi Ruslan berkata, pihak MBSA lebih bersedia untuk menghadapi banjir kali ini dan pengalaman yang lalu dijadikan asas untuk membuat persediaan rapi.

“Bagi persediaan menghadapi banjir kita bersama jabatan-jabatan berkaitan akan mengadakan simulasi menyelamat mangsa banjir pada 19 Oktober ini.

“Kita juga turun ke kawasan yang mengalami banjir tahun lalu seperti Taman Sri Muda dan berdialog dengan penduduk dan menjelaskan apakah yang kita akan lakukan jika berlaku banjir dari aspek logistik,”katanya.

Katanya lagi, pek makanan asas, lilin, lampu suluh akan dibekalkan di kawasan hot spot melibatkan kira-kira 5,000 hingga 10,000 penduduk sekitar bandaraya ini sebagai persediaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya