Kerajaan prihatin terhadap mahasiswa - Utusan Malaysia

Kerajaan prihatin terhadap mahasiswa

APLI Yusoff (tengah, berdiri) memperkatakan sesuatu kepada pelajar pada program Jelajah Jati Diri Pra Universiti dan Pelancaran Mahir Tutor SPM dan STPM Parlimen Kuala Nerus, Kuala Nerus, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan prihatin terhadap golongan mahasiswa apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pelbagai insentif menarik dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff berkata, mahasiswa perlu mengambil peluang terbaik untuk menikmati tawaran diskaun yang disediakan melalui bajet tersebut  bermula 1 November depan hingga 30 April 2023.

“Jumlah yang akan menerima manfaat itu tidak dapat diketahui lagi kerana ia bergantung kepada permohonan yang akan kita terima.

“PTPTN sangat berharap agar mahasiswa dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin kerana penjimatan yang diberi itu agak besar jumlahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Jati Diri Pra Universiti dan Pelancaran Mahir Tutor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Parlimen Kuala Nerus di sini semalam.

Tawaran diskaun yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu melibatkan 20 peratus untuk penyelesaian penuh, 15 peratus untuk penyelesaian (50 peratus baki hutang) dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji. 

Dalam pada itu, beliau berkata, keistimewaan yang turut diberi kepada pelajar dari keluarga M40 juga membuktikan suara mereka selama ini didengari dan diambil perhatian oleh kerajaan.

“Dulu, pinjaman pelajaran hanya diberi 75 peratus dari jumlah keseluruhan, namun kini, mereka juga menikmati kemudahan yang sama seperti pelajar B40 setelah kerajaan bersetuju menaikkan kadarnya hingga 100 peratus.

“Mereka juga berpeluang memohon pinjaman untuk membuat pembelian komputer riba dan jumlahnya itu akan kita perincikan tidak lama lagi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya