Keanggotaan, peralatan ATM cukup untuk hadapi banjir

Keanggotaan, peralatan ATM cukup untuk hadapi banjir

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Keanggotaan dan peralatan dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cukup untuk menyelamatkan orang ramai yang terjejas sekiranya berlaku bencana banjir ketika Pilihan Raya Umum PRU ke 15 nanti.

Menteri Pertahanan, Datuk Sri Hishamudin Hussein berkata, semua anggota akan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk ditugaskan di kawasan penempatan yang sudah agihkan penugasan mengikut pasukan. 

Katanya, ATM sememangnya menjadi pasukan barisan hadapan untuk bertindak tanpa mengenal masa dan tempat berlakunya bencana. 

“Oleh yang demikian tiada sebab untuk khuatir dengan keselamatan orang ramai yang terlibat dengan bencana banjir kerana penugasan ini sudah dilaksanakan oleh ATM sejak sekian lama. 

“Isu banjir ini dimainkan oleh pihak tertentu yang sebelum ini tidak pernah ambil maklum pun tentang bencana alam seperti ini,” Katanya kepada media hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas nenyerahkan geran hak milik tanah kepada 282 peneroka Felda Bukit Tongkat di Dewan Serbaguna Felda Bukit Tongkat di Kluang hari ini. 

Mengulas tentang pemberian geran hak milik tanah, Hishamudin berkata, sudah 96 peratus warga peneroka daripada enam tanah rancangan iaitu Felda Ulu Belitong, Ulu Penggeli, Bukit Tongkat, Kahang Barat, Kahang Timur dan Ulu Dengar sudah menerima geran masing-masing. 

Katanya, hanya tinggal kira-kira  72 peneroka yang masih belum menerima namun percaya akan diselesaikan secepat mungkin. 

“Juga disampaikan hari ini adalah Borang Notis 5A kepada 99 penduduk Sungai Sepuluh serta penjawat awam yang bertugas di Kluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya