Karnival kerjaya tawar 240 peluang pekerjaan - Utusan Malaysia

Karnival kerjaya tawar 240 peluang pekerjaan

TUANKU Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan bagi melawat booth-booth yang dibuka sewaktu Karnival Peluang Kerjaya yang diadakan di Tapak MAIPs, Pusat Bandar Kangar, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 240 peluang pekerjaan disediakan menerusi Karnival Peluang Kerjaya yang dianjurkan di tapak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pusat Bandar di sini semalam.

Karnival Peluang Kerjaya anjuran Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. itu dianjurkan dengan kolaborasi beberapa pihak bersama pengisian aktiviti buat pengunjung yang hadir.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan meluangkan masa melawat booth-booth pameran yang diadakan sewaktu karnival berkenaan. 

Ketibaan baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara pihak yang bekerjasama dalam karnival tersebut adalah FMG Food Sdn Bhd (ASPUTRA Ikan Bakar dan Cuemi Sotong Goreng), TWI Technology (S.E.Asia) Sdn Bhd, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KHTP Techno), Akademi Binaan Malaysia  (ABM) Wilayah Utara, McDonald’s, Malaysia Professional Accountancy Centre (MYPAC), Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC), Kolej Vokasional Arau, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sewaktu karnival itu adalah seperti kaunseling kerjaya, sesi temu duga dan penerangan mengenai tajaan MAIPs.

Permohonan bagi peluang kerjaya ini masih dibuka sehingga habis semua kuota yang disediakan pada tahun 2022.

Bagi maklumat lanjut mengenai peluang bidang latihan dan kemahiran serta pekerjaan yang ada, masyarakat di negeri Perlis disarankan melayari laman Facebook Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd atau menghubungi di talian 012-5834439. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya