Kak Wan bertanding atau tidak akan diputuskan - Anwar - Utusan Malaysia

Kak Wan bertanding atau tidak akan diputuskan – Anwar

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Pakatan Harapan (PH) sedang mempertimbangkan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH, Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim berkata, perkara ini akan diputuskan dalam Majlis Presiden PH.

“Memang ada permintaan daripada ahli parti Parti Keadilaan Rakyat (PKR) yang mahu Kak Wan bertanding lagi.

“Namun Majlis Presiden perlu membincangkan perkara ini. Saya tidak boleh buat keputusan sendirian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 di Dewan Raja Muda Musa, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Wan Azizah kini adalah Ahli Parlimen Pandan selepas berjaya menewaskan empat calon parti lain dengan majoriti undi 52,543 undi. 

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan bahawa permohonan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahukan semua kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini  akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis gabungan itu kelak.

“Tidak salah untuk semua parti dalam PH untuk meminta berapa jumlah kerusi yang mereka mahu bertanding dalam PRU15.

“Namun, keputusan berapa kerusi yang akan diperuntukkan oleh setiap parti dalam PH akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH,” tegasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN