Jangan jadikan sesi perbahasan Bajet 2023 kerja sia-sia  -

Jangan jadikan sesi perbahasan Bajet 2023 kerja sia-sia 

MOHD. REDZUAN Md. Yusof (lima dari kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian cawangan baharu Marrybrown di Masjid Tanah, Melaka. -UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kerajaan digesa tidak terus bermain tarik tali berhubung status pembubaran Parlimen selepas Bajet 2023 selesai dibentangkan, semalam.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, secara peribadi beliau berpendapat kerajaan wajar membubarkan Parlimen dalam masa terdekat sekiranya benar mahu berbuat demikian.

Jelas beliau, ia penting bagi mengelakkan sesi perbahasan dilihat sebagai proses sia-sia kerana perbelanjaan tersebut memerlukan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum digazetkan.

“Kalau hendak bubar (Parlimen) sekarang, bubarlah. Kita negara demokrasi tetapi kena fikirkan juga kesan pembubaran kepada orang ramai yang hendak mengundi dalam keadaan diramalkan banjir dan ekonomi rakyat yang masih belum pulih.

“Saya rasa tidak perlu spekulasi dan sampai bila mahu begini?. Apabila tiba masanya kita bubarkan. Bajet 2023 juga sudah dibentangkan dan akan dibahaskan untuk kelulusan, jadi biarkan proses itu berjalan hingga selesai dan kemudian bubarlah Parlimen.

“Jadi jangan ‘berlakon’ kerana kita tahu bajet ini adalah untuk pilihan raya. Pada saya Mac tahun depan adalah masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti banjir, kemelesetan ekonomi dan proses bajet digazetkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Marrybrown Cawangan Masjid Tanah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan berkata, spekulasi pembubaran Parlimen sejak kebelakangan ini hanya merugikan negara dan rakyat.

Kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu, para pelabur yang berhasrat untuk masuk ke negara ini terpaksa menangguhkan perancangan mereka kerana mahu melihat keadaan politik selepas PRU15.

“Tindakan bermain spekulasi hanya membuatkan pelabur takut dan menangguhkan pelaburan mereka. Tidak usah bermain wayang dengan mengadakan bajet prihatin dan sebagainya.

“Saya agak kecewa dengan lakonan sebegitu. Kepimpinan perlu ada keberanian untuk membuat keputusan yang menguntungkan rakyat,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya