BAGAN DATUK: UMNO kekal menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak boleh dipertikaikan lagi, malah tidak timbul isu seperti dakwaan pembangkang yang beliau akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali mentadbir kerajaan Persekutuan. “Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri…