Idris sahkan Pas tanding Parlimen Bukit Gantang 

Idris sahkan Pas tanding Parlimen Bukit Gantang 

IDRIS Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan cek bantuan baik pulih rumah kepada seorang penduduk, Abu Hassan Saad di Changkat Ibol di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mengesahkan calon daripada parti itu akan mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ditanya sama ada beliau yang akan bertanding di situ, Idris berkata, perkara itu akan ditentukan oleh parti.

“Tengok pada hari kejadian nanti (sama ada bertanding atau tidak), Yang pasti Pas akan bertanding di Bukit Gantang, siapa calon yang diletakkan, kita tidak tahu lagi, dalam Pas kita tidak berebut-rebut (jadi calon), Pas bukan macam parti lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan cek RM29,500 untuk sumbangan dan bantuan kepada kepada seorang penduduk, Abu Hassan Saad bagi memperbaiki kediamannya yang daif di Changkat Ibol di sini hari ini.

Sebelum ini, Pas secara terbuka menolak penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai calon PN di kerusi tersebut.

Idris berkata, sekiranya Syed Abu Hussin dicalonkan, Pas membawa perkara itu ke peringkat pimpinan parti dalam PN.

Katanya, Syed Abu Hussin yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket Barisan Nasional (BN) dan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak bertanding di kerusi itu kerana meninggalkan partinya.

Sementara itu, ditanya sama ada tiga buah negeri di bawah pimpinan Pas iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya berlaku pembubaran Parlimen dalam masa yang terdekat ini, Idris berkata, setakat hari ini perkara itu masih belum ada perubahan.

Katanya, kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini DUN tiga negeri itu tidak akan dibubarkan sehingga habis penggal.

“Sehingga kini kenyataan itu tidak berubah namun sekiranya berlaku sebarang perubahan, kita akan maklumkan kepada umum nanti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang komen tentang perkara itu,kerana saya membawa pandangan parti dan bukan pandangan sendiri,” katanya.

Menurutnya, Pas akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini bagi membincangkan sama ada kekal pendirian untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri terlibat atau sebaliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya