DUN Negeri Sembilan: RUU Anti-Lompat Parti lulus -

DUN Negeri Sembilan: RUU Anti-Lompat Parti lulus

DUN Negeri Sembilan hari ini bersetuju dengan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi membolehkan Enakmen Anti-Lompat Parti dilaksanakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara bersetuju dengan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi membolehkan Enakmen Anti-Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun membawa usul berkenaan pada Persidangan Ketiga Penggal Kelima DUN ke-14 di sini hari ini.

Beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) yang beliau bentangkan tersebut bertujuan untuk meminda, memansuhkan peruntukan sedia ada serta memasukkan peruntukan baharu dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

“Kerajaan negeri memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum. Ini kerana ia melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di DUN. 

“Bagi membuktikan keseriusan kerajaan negeri dalam perkara berkenaan larangan lompat parti ini, kerajaan negeri bersetuju untuk merealisasikannya melalui pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.

Aminuddin menambah, pindaan undang-undang berkenaan bukan sahaja mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa alasan yang munasabah, malah, dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri ini untuk jangka masa yang panjang. 

“Melalui pindaan ini juga, setiap ADUN haruslah mengingat kembali supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli DUN ketika proses pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, ketika membahaskan perkara itu, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) berkata, RUU itu amat penting dilaksanakan di peringkat Parlimen dan DUN bagi memastikan  kestabilan dan kekuatan kerajaan sekali gus menghormati mandat rakyat.

“Perlu kita adakan peruntukan undang-undang seperti ini kerana negara kita berada dalam keadaan yang amat terus disebabkan oleh keadaan yang tidak stabil.

“Perdana Menteri, tiga kali tukar, sekali undi dapat tiga (Perdana Menteri) mana ada dalam sejarah negara kita yang sebelum ini mantap dan politiknya yang stabil dan ekonomi yang kukuh, namun, ia terjadi disebabkan oleh perangai sesetengah ahli-ahli yang dipilih ini yang melompat dari satu parti ke parti yang lain,” tegas beliau.

Bagi Loke Siew Fook (Chennah-PH) pula, RUU juga dapat meraih kembali keyakinan pengundi yang dilihat hilang kepercayaan kepada sistem politik negara.

“Kalau tiada undang-undang sebegitu, pengundi merasakan tiada maknanya pergi buang undi kerana bila dan lepas pilih, wakil rakyat tukar cerita, lompat parti sehingga menyebabkan pengundi muak kepada orang politik.

Ahli politik mesti sama-sama cuba untuk perbetulkan sistem itu untuk kembalikan keyakinan rakyat, biarlah kita bermaruah, menang atau tidak itu ditentukan rakyat, walau apa kedudukan pun kita mesti kekal berprinsip,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam persidangan yang sama, kerajaan negeri turut meluluskan RUU Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022 selepas mendapat sokongan majoriti ahli dewan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.