DAP pilih calon kukuhkan Dinasti Lim - Nur Jazlan - Utusan Malaysia

DAP pilih calon kukuhkan Dinasti Lim – Nur Jazlan

Datuk Nur Jazlan Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP didakwa akan meletakkan ramai calon kitar semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh Dinasti Lim dalam parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, situasi berkenaan  akan dilakukan DAP walaupun  parti tersebut tidak ketandusan generasi pelapis.

“Dengan cengkaman kuasa Dinasti Lim semakin kuat dan puak-puak cauvinis Cina kembali semula menguasai parti itu, kita lihat permainan politik mereka sudah berubah. Mereka mula menyingkirkan orang yang tak sebulu dan mahu merampas kedudukan beberapa pemimpin yang sudah dikenal pasti. 

“Contohnya, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto disingkirkan secara halus dari kerusi disandangnya kerana dikatakan tempat itu mahu diberi kepada pemimpin yang sekepala dengan keluarga Lim. Nasib sama juga dikatakan bakal menimpa bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang dengar ura-ura turut digugurkan namanya daripada senarai calon DAP.

“Selepas itu DAP kitar semula muka-muka sama sahaja untuk PRU15. Tapi mereka bukannya ketandusan muka baharu, cuma ada halangan untuk orang baharu naik dalam DAP. Cuma kluster Dinasti Lim dan geng cauvinis Cina sahaja boleh dapat kedudukan dan laluan mudah dalam parti sekarang ini,” katanya dalam  kenyataan, di sini hari ini.

KOMPONEN

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu berkata, situasi sama juga berlaku dengan komponen Pakatan Harapan (PH) seperti PKR dan Amanah dengan bertindak meletakkan muka lama.

“Mereka juga tak ubah tradisi, asyik pindahkan pemimpin senior dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Kaedah itu dilihat seperti mereka tidak serius nak tolong pengundi dan rakyat atau agaknya mereka lari dari kerusi itu sebab pengundi dah sedar mereka tak berkhidmat kepada rakyat setempat.

“Itu belum cerita lagi pasal calon pengembara yang tamak jawatan dan gaji. Sudah menang kerusi DUN tetapi masih bernafsu bertanding kerusi Parlimen. Nanti mereka abaikan kawasan, hilang dari radar dan rakyat nak jumpa setahun sekali pun payah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan meminta pengundi dan rakyat berfikir masak-masak sebelum memilih PH dan Perikatan Nasional (PN) semula pada 19 November ini.

“Ini tidak sama macam BN, dari dahulu lagi sentiasa ‘solid’ dengan tradisi membela rakyat dan berpendirian teguh. Hanya satu lambang untuk semua parti dan calon bertanding dalam mana-mana PRU atau PRN. Kesepakatan ini teguh sebab semua parti dalam BN saling hormat menghormati, percaya satu sama lain dan memupuk perpaduan.

“BN sentiasa membawa perubahan signifikan dengan kehendak semasa dan kemahuan rakyat. Tak pernah ketandusan barisan pemimpin dan sentiasa ada golongan pelapis atau muka baharu yang diketengahkan.

“Tidak seperti PH dan PH yang berpecah tapi tetap berbohong kepada rakyat bahawa mereka boleh bersatu dan memimpin negara selepas PRU15. Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor) sendiri mengatakan sasaran PH adalah untuk mendapat kerusi banyak dan selepas itu buang segala prinsip dan perjuangan untuk berunding membentuk kerajaan,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.