Covid-19: Lembah Klang catat lebih 1,000; sifar kematian -

Covid-19: Lembah Klang catat lebih 1,000; sifar kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,023 kes berbanding kelmarin, 2,231 kes sekali gus mengatasi 1,699 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 754 kes dan Kuala Lumpur (515), Perak (205), Sabah (165) dan Negeri Sembilan (134).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pulau Pinang sebanyak 95 kes,  Melaka (64), Sarawak (63),  Johor (43), Kedah (44), Pahang (39), Putrajaya (39), Kelantan (25) dan Terengganu (15) manakala dua lokasi mencatatkan satu kes iaitu Perlis, empat kes dan Labuan tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 340 orang berbanding kelmarin, 395 orang; kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 34 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 20 kes berbanding jumlah kelmarin, 21 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,415 kes selain tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) (jumlah terkumpul 7,742 kes). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya