Covid-19: 1,794 kes positif; Selangor kes tertinggi -

Covid-19: 1,794 kes positif; Selangor kes tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,794 kes berbanding kelmarin, 1,722 kes sekali gus mengatasi 1,639 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 528 kes diikuti Kuala Lumpur (430), Perak (162) dan Sabah (132). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pulau Pinang (85); Negeri Sembilan (85); Kedah (76); Melaka (58); Sarawak (57); Johor (45); Kelantan (38); Pahang (32) dan Terengganu sebanyak 25 kes manakala dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Putrajaya, tujuh kes dan Labuan, satu kes manakala Perlis, sifar kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 335 orang berbanding kelmarin, 371 orang manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 36 kes berbanding jumlah kelmarin, 48 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 26 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,391 kes dan tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya