Covid-19: 1,241 kes positif; 3 negeri catat kes tiga angka -

Covid-19: 1,241 kes positif; 3 negeri catat kes tiga angka

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,241 kes berbanding kelmarin, 1,453 kes sekali gus diatasi 1,843 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 543 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 184 kes dan Sabah sebanyak 101 kes.

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak sebanyak 82 kes; Negeri Sembilan (80); Pulau Pinang (63); Sarawak (39); Johor (37); Kedah (30); Melaka (25); Pahang (21); Kelantan (14); Putrajaya 12 kes dan Terengganu sebanyak 10 kes manakala dua lokasi tidak mencatatkan sebarang kes iaitu Perlis dan Labuan.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 291 orang berbanding kelmarin, 307 orang selain kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 37 kes serta pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan sebanyak 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,403 kes, namun tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan sebanyak 7,741 kes terkumpul. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya