Cikgu Fadli live malam ini, warganet mohon Menteri Pendidikan sertai   -

Cikgu Fadli live malam ini, warganet mohon Menteri Pendidikan sertai  

CIKGU Fadli terkenal sebagai guru cemerlang dan prihatin terhadap anak-anak muridnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh akan mengadakan rakaman secara langsung atau live menerusi aplikasi Facebooknya, malam ini. 

Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan bagi menjawab segala dakwaan dan tuduhan terhadap dirinya susulan perkongsian tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan terhadapnya, malam tadi. 

“Malam ini pukul 8.30 malam saya akan bersiaran secara live di wall Facebook saya,” tulisnya ringkas. 

Malam tadi, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat. 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net menyatakan kesudian untuk hadir bagi menyokong penuh perjuangan Mohd. Fadli dan mendoakan supaya segala urusannya dipermudahkan. 

“Saya menyokong cikgu demi masa depan cucu-cucu saya serta anak-anak bangsa kita demi sistem pendidikan yang cemerlang dan berkualiti,” kata Aza Manaf. 

“Kami hadir. Semoga Allah permudahkan segalanya dan adanya perubahan dalam sistem pendidikan negara asbab kebangkitan dan perjuangan cikgu,” ujar Hanis Athirah Rusli. 

Dalam pada itu, Faizal Yamin meminta supaya Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin untuk menyertai rakaman secara langsung tersebut. 

Ia susulan Radzi dalam hantaran di Facebook malam tadi menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Mohd. Fadli bagi meneliti isu yang dibangkitkan itu. 

“Jangan buat-buat lupa pulak malam ini Dr Radzi Jidin. Tak payah tunggu jemputan khas bagai. Hero kami Cikgu Mohd Fadli nak bagi sepatah dua kata ni,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.