CAAM sahkan nahas helikopter di Cameron Highlands -

CAAM sahkan nahas helikopter di Cameron Highlands

HELIKOPTER yang terhempas di kawasan pegunungan Brinchang berhampiran Tanah Rata di Cameron Highlands semalam.- Gambar CHINA PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chester Voo berkata, pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-SSW itu terbabit nahas berhampiran Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang pukul 1.03 petang tadi.

Beliau berkata, helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd. dan berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada pukul 12.20 tengah hari. 

“Pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang serta lima penumpang.  

“Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang diaktifkan segera pada pukul 1.11 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat digerakkan ke lokasi kejadian 19 minit kemudian dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. 

 Chester berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN