Bersatu perlu tarik penyokong UMNO undi Tok Pa - Utusan Malaysia

Bersatu perlu tarik penyokong UMNO undi Tok Pa

WAN Roslan Wan Hamat (tengah) semasa sidang media tarikh pengumuman calon PRU15 di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membawa sekurang-kurangnya lima peratus penyokong UMNO bagi mencapai kemenangan di Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, parti itu menaruh keyakinan tinggi kepada jentera Bersatu untuk menarik sokongan selepas penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding menggunakan simbol bulan.

“Kita mengharapkan Bersatu boleh bawa penyokong-penyokong UMNO paling kurang lima peratus untuk mencapai kemenangan di parlimen. 

“Insya-Allah dengan kemampuan dan kekuatan yang ada, kita yakin Parlimen Jeli akan kekal milik Tok Pa,” katanya pada sidang media tarikh pengumuman calon PRU15 di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini hari ini.

Wan Roslan berkata, sehubungan  itu jentera mantap sudah dibentuk bagi memastikan kerusi ini menjadi milik Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kerjasama antara jentera Pas dan Bersatu ketika ini sudah berada pada tahap terbaik.

Pada PRU14 lalu, Tok Pa yang bertanding menggunakan simbol BN menang dengan majoriti 6,647 menewaskan Pas dan PKR.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya