[BAJET 2023] Malaysia kukuhkan ketenteraman awam dan

[BAJET 2023] Malaysia kukuhkan ketenteraman awam dan keselamatan negara

PERSEMBAHAN perbarisan 'Human Wave' oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat (TDM), Tentera Laut Diraja (TLDM) dan Tentera Udara Diraja (TUDM) sempena Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pertama Pentadbiran Menteri Kanan Pertahanan di Kem Sungai Besi di sini baru-baru ini. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kerajaan terus memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan diperuntukkan masing-masing sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada tahun hadapan, kerajaan akan menfokuskan pembelian dan penyelenggaraan aset ATM bagi meningkatkan kesiagaan pertahanan dengan peruntukan hampir RM4 bilion.

“Pembelian dan penyelenggaraan aset PDRM bagi meningkatkan keselamatan dalam negeri dengan peruntukan RM431 juta dan penyelenggaraan semua kapal dan bot APMM bagi memastikan keselamatan kawasan maritim negara dengan peruntukan RM485 juta. 

“Perolehan alat pengimbas badan dan menaik taraf fasiliti di lima penjara antaranya Penjara Seremban, Negeri Sembilan dengan peruntukan RM18 juta dan penambahan 25 pos kawalan sempadan PGA, Imigresen, ESSCOM, APMM antaranya di Serikin Sarawak dan Lahad Datu Sabah,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya