[BAJET 2023] Gaji MyStep dinaik RM100 - Utusan Malaysia

[BAJET 2023] Gaji MyStep dinaik RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan gaji pekerja MyStep dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 berbanding RM1,400 hingga RM2,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan MySTEP dengan menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15,000 dalam sektor awam dan 35,000 melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (HRD Corp) akan menyediakan sejumlah RM750 juta untuk memberi latihan kemahiran kepada lebih 800,000 pekerja bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan.

“Sejajar usaha melahirkan bakat baharu, Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama Dana Pembangunan Pasaran Modal akan menubuhkan Dana Inovasi Digital (DIGID) membabitkan RM30 juta bagi meningkatkan kebolehpasaran 9,000 graduan dalam pasaran modal.

“Sebanyak RM20 juta pula disediakan bagi melaksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk memanfaat 1,000 graduan menceburi bidang keusahawanan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya