BAJET 2023: Cukai PMKS dikurangkan menjadi 15 peratus -

BAJET 2023: Cukai PMKS dikurangkan menjadi 15 peratus

ANTARA barang menarik di Bazar Kreatif Usahawan Anak Muda, Time Square Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini. -UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula tahun taksiran 2023, kadar cukai usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengurangan ini  dijangka memberi penjimatan sehingga RM2,000 kepada 150,000 pembayar cukai PMKS.

“Selain itu, sebagai usaha membantu khususnya penjaja kecil  berniaga, sukacita juga diumumkan, kerajaan akan memberikan geran  ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat PMKS  berdaftar dan pemandu teksi berdaftar. 

“Dijangkakan sebanyak sejuta perniagaan akan menerima manfaat daripada pemberian ini dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya