Akar umbi beri ingatan pastikan Arau ‘bungkus’ jika Shahidan

Arau ‘bungkus’ jika Shahidan digugurkan

SHAHIDAN Kassim dalam program bersama jentera di Arau,Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Akar umbi UMNO Bahagian Arau mendesak agar kepimpinan tertinggi parti mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai calon Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Rata-rata mereka memberi peringatan akan memastikan calon UMNO atau Barisan Nasional (Bn) tewas di kerusi berkenaan sekiranya nama Shahidan digugurkan pada kali ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Arau, Abdul Karim Sulaiman berkata, semua ahli parti itu di peringkat bahagian masih menagih khidmat Shahidan sebagai calon untuk memimpin parti itu di kawasan berkenaan.

“Kami tetap sokong Shahidan dan sekiranya ada calon lain dihantar ke sini, kami akan pastikan Arau kalah,” katanya.

Menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) spekulasi bertiup kencang nama Shahidan dikatakan gugur sebagai calon bagi Parlimen Arau dalam PRU15.

Selain Shahidan, seorang lagi pemimpin ‘otai’ Datuk Zahidi Zainul Abidin juga dikatakan tidak terpilih mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, seorang lagi AJK UMNO Bahagian Arau, Hakimi Din berkata, hanya Shahidan layak bertanding di kerusi Parlimen Arau dan beliau diyakini dapat memberi kemenangan dalam PRU15.

“Kalau bukan Shahidan yang bertanding, kami tak mahu beri kerjasama untuk pastikan Arau menang,” katanya.

Selain itu, AJK UMNO Bahagian Arau, Razali Che Man pula mempersoalkan mengapa calon lain yang dihantar bertanding di Parlimen itu sedangkan Shahidan merupakan pemimpin yang dapat membawa kemenangan buat parti.

“Sebab apa yang hantar calon lain lawan kat Arau, Shahidan calon yang boleh menang,” katanya. 

Kawasan Parlimen Arau mula dipertandingkan sejak 1974 dan Shahidan telah menjadi penyandang di kerusi tersebut pada PRU7, PRU8, PRU13 dan PRU-14. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya