Agong perkenan jalani pemeriksaan kesihatan susulan di IJN -

Agong perkenan jalani pemeriksaan kesihatan susulan di IJN

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula hari ini.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan susulan yang dijangkakan selesai pada hujung minggu ini.

“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan menjalani prosedur tersebut pada pertengahan bulan September lalu tetapi ia ditangguhkan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula pada 16 September 2022 bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth II.

“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.