4 masjid di Palu, Sulawesi siap dibina hasil sumbangan rakyat

4 masjid di Palu, Sulawesi siap dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia

SALAH sebuah masjid yang dibina semula di Palu, Sulawesi hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak empat masjid di Palu, Sulawesi Tengah berjaya dibina semula selepas musnah sepenuhnya akibat gempa bumi dan tsunami dahsyat yang melanda wilayah di Indonesia itu empat tahun lalu.

Usaha pembinaanya digerakkan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melalui misi Skuad Musaadah Keluarga Malaysia hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Pada misi kali ini, tiga daripada masjid itu dirasmikan iaitu Masjid Al Muhajirin Tondo,  Masjid Nur Yahya di Bayaoge dan Masjid Babul Khairat.

Misi berkenaan diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ruslan Said, yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. 

Masjid-masjid ini didirikan hasil sumbangan orang ramai melalui kutipan yang dilakukan agensi-agensi agama dengan kos pembinaan setiap masjid bernilai RM250,000.

Dalam ucapan perasmian, Ruslan menyeru kepada semua penduduk dan masyarakat di situ agar menjadi penggerak utama dalam memastikan semua masjid ini diimarahkan dengan selayaknya. 

“Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah bahkan merangkumi semua fungsi kehidupan,” katanya. 

Semua penduduk yang ditemui menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyelami perasaan suka dan duka bersama masyarakat di Palu yang ditimpa musibah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya