Yati berada pada masa, tempat yang salah  - Utusan Malaysia

Yati berada pada masa, tempat yang salah 

YATI merenung catatan hatinya yang diberikan kepada tiga anaknya yang datang ke Majlis Jalinan Kasih di Penjara Simpang Renggam, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Berada pada masa dan tempat yang salah serta mendampingi rakan tanpa dikenali hati budi menjadi penyebab seorang wanita kini terpaksa ‘berpisah’ dengan tiga anaknya sejak tiga tahun lalu.

Yati, 40, (bukan nama sebenar) berkata, pengalaman itu memberikan pengajaran kepadanya kerana kini terkurung di sebalik tirai besi sedangkan secara hakikatnya dia mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Tiga tahun terpisah dengan tiga anaknya bukan satu jangka masa yang pendek, apatah lagi dengan tahanan di bawah reman seperti itu, nasibnya masih samar.

“Walaupun setiap bulan dapat berjumpa dengan anak-anak, namun suasananya amat berlainan kerana sebagai ibu, kasih sayang itu sepatutnya diberikan setiap hari kepada mereka.

“Walaupun rasa kesal kerana orang yang menjebakkan saya adalah seorang yang amat dipercayai, namun semua ini akan dijadikan pedoman apabila dibebaskan nanti,” kata Yati ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih di Penjara Simpang Renggam, dekat sini hari ini.

Kerinduan terhadap suasana sebelum tiga tahun lalu sering mengusik hatinya, namun Yati tetap tabah serta berdoa setiap kali menghadap Ilahi.

“Jika dibebaskan nanti, tumpuan hanya untuk membalas kepercayaan anak-anak yang sentiasa memberikan sokongan selama berada dalam tahanan reman ini.

“Jika boleh, kami akan membina semula kehidupan keluarga dengan lebih baik kerana bukan semata-mata untuk diri saya, namun untuk tiga permata hati yang sentiasa bersama,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN