ALOR SETAR: UMNO Kedah menafika menerima undangan daripada Pas untuk hadir ke Muktamar Tahunan Ke-68 yang berlangsung dua hari bermula semalam di Kompleks Pas Kedah, dekat sini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu dikhuatiri menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai. “UMNO Kedah menegaskan, tiada sebarang undangan diterima daripada Setiausaha Agung Pas Pusat mahu pun mana-mana wakil Pas…